SURAH PILIHAN TV 1
Alhamdulillah rakaman Surah Pilihan TV 1 sudah selesai 14 siri rakaman. Insyallah akan bersambung untuk siri berikutnya sehingga akhir tahun. Terima kasih Penerbit Kak zi dan Cikpuan Aida Pen. Penerbit atas peluang dan nasihat.
Bak kata M.nasir kepada Mawi sewaktu Final AF 3 "Daripada Kayu, sekarang dah OK lah". ;-)
Saya mengajak sahabat-sahabat untuk menonton rancangan baru terbitan JAKIM untuk siaran TV 1. Rancangan Tafsir Al-Quran SURAH PILIHAN. Rancangan ini akan menampilkan Qari Jemputan yang tidak asing di Malaysia dan mereka akan membuat tafsiran dan ulasan daripada surah yang dibacakan. Mulakan hari anda dengan SURAH PILIHAN.
Rancangan SURAH PILIHAN
SETIAP JUMAAT
6.00 hingga 6.30 PAGI
TV 1
MULAKAN PAGI ANDA DENGAN SURAH PILHAN.
HIDUP CERIA AKHIRAT BAHAGIA

Terakhir dikemaskini (Rabu, 10 Mac 2010 20:41)
Cinta Untuk NABI..laBulan lalu, saya berkesempatan bermusafir ke Tanjong Malim, PErak di UPSI untuk hadir ke program Fiesta Ilmu, Kolej Kediaman Aminuddin Baki, UPSI. Program Forum sempena Fiesta Ilmu Kolej ini yang berlangsung selama seminggu. Apa yang menariknya kali ini saya digandingkan dengan orang-orang hebat. Ustaz Radzi (Bekas Vokalis Kumpulan Melissa) Kumpulan Rock 80 an yang popular dengan lagu Cinta Untuk Nabila. Bersama-sama kami di pentas juga Dr Ruziah Ghazali (Pengurus Besar Akademi Zakat Selangor).Kami bercakap tentang CINTA dan AIR MATA. Hidayah Tuhan dan Cinta Anugerah Allah. Ustaz Radzi kini bertugas di Jabatan Agama Islam Kedah. Dari kancah Rock ke Jabatan Agama Islam. Gua tabik lu...... ;-) Semoga Terus Istiqamah. Paling best selepas forum Ustaz Radzi sempat menyanyi lagu CInta Untuk Nabila. Memang power..... ![]() Bergambar bersama Ustaz Radzi
Terakhir dikemaskini (Rabu, 10 Mac 2010 08:36) Promosi Islam yang Indah bukan Islam yang SusahBerdakwah di alam maya sangat popular zaman siber ini. Banyak laman blog yang bertunjangkan dakwah bil yad (Dakwah melalui tulisan). semakin mendapat tempat. Perkembangan ini memberi impak yang besar untuk memberi penjelasan dan komentar tentang pelbagai isu terutamanya berkaitan Islam. Tidak ketinggalam sebuah laman web popular yang mempunyai pengikut lebih Sejuta ialah I LUV ISLAM.com. Sebuah laman forum yang mempromosikan dan menonjokan keindahan Islam. Konsep yang ceria, mesra, Islam yang indah, Islam yang harmoni telah menarik ramai pengikut setia termasuk bukan Islam untuk berchit chat dan menghantarkan karya kreatif mereka di laman web ini. ISLAM YANG INDAH, ISLAM YANG MUDAH Islam adalah agama yang tidak memberatkan penganutnya kecuali dengan kemampuan mereka. Dalam peristiwa Haji Wada' (Haji Perpisahan,) Nabi Muhammad ternampak seorang lelaki yang sudah tua berjalan kaki menuju ke Mekah. Nabi Muhammad bertanya "Kenapa beliau berjalan kaki jauhnya untuk ke Mekah menunaikan Haji". Mereka berkata lelaki itu bernazar mahu mengerjakan haji dengan berjalan kaki. Nabi Muhammad menjawab, "Ällah bukan mahu menyeksa hambanya dengan ibadah haji itu". Lantas, Rasulullah memerintahkan lelaki itu menunggang kenderaan. Hal yang sama berlaku ketika Rasulullah memulakan dakwah di Mekah kepada keluarga dan sahabat handai di awal kerasulan Nabi. Rasullullah banyak bercakap dan memberi khabar gembira kepada penduduk Mekah. Kewujudan Pencipta, Islam sebagai penyelamat, Islam memelihara kaum wanita, Islam membenci penindasan, Islam pembela anak yatim, Islam membebaskan hamba dan banyak ini. Dakwah Islam agama Indah, mudah telah berjaya menarik ramai penduduk Makkah untuk masuk Islam. Umar AlKhatab, panglima garang tunduk kerana tertarik dengan Islam apabila saudaranya Fatimah membaca ayat dari surah Taaha. Suraqah terpegun dengan sikap Rasullah yang mulia dan tidak membalas dendam dalam peristiwa Hijrah dan pelbagai kisah Islam yang Indah telah memukau orang kafir. Saya berpeluang untuk mengikuti promosi akhbar Islamik terbaru I LUV ISLAM menjelajah IPT. Sebuah akhbar yang diilhamkan dari laman blog I LUV ISLAM. Saya juga berpeluang mendekati pengasas laman blog ini iaitu Saudara Imran Koyube. Saya juga sempat berbual dan mendengar pengalaman beliau ketika mula menerbitkan laman web I LUV ISLAM. ![]() ![]() Katanya, beliau ingin menonjolkan Islam yang indah. Warna lembut yang digunakan di laman web itu juga untuk melihat Islam dengan kaca mata ketenangan dan keindahan. Alhamdulillah sejak ditubuhkan, pengikut setia I LUV ISLAM lebih dari 1 juta. Saudara Imran sudah mengorak langkah bekerjasama dengan Karangkraf untuk menerbitkan akhbar mingguan dan sekarang ini melangkah setapak lagi dengan menubuhkan syarikat perunding motivasi I LUV ISLAM. Good Luck Imran. Beliau juga sempat menghadiakhkan kepada saya sehelai t-shirt I LUV ISLAM. Syukran akhi. Semoga Allah memberkati dan teruskan berdakwah. ![]() Terakhir dikemaskini (Sabtu, 27 Februari 2010 13:04) Kembara Sirah Maulidur Rasul
Ikuti Sirah Rasulullah bersama Ustaz Faris Hasbullah, Pengurus PTS ISLAMIKA Sdn Bhd. Ustaz Faris adalah Bos saya dahulu di PTS. Salam Maulidur Rasul. Semoga beroleh manfaat daripada klip sirah Nabi Junjungan Besar Muhammad. Selawat ke atas baginda. Terakhir dikemaskini (Ahad, 21 Februari 2010 15:17) Voice Over untuk NUR IMANAlhamdulillah minggu lalu selesai satu lagi kerja bersama production JAKIM untuk penerbitan sebuah lagi siaran agama bertajuk NUR IMAN di TV 1. NUR IMAN adalah sebuah rancangan agama yang memaparkan cerita dan info berkenaan saudara baru Muallaf. Terdapat pelbagai informasi seperti pengalaman peribadi mereka yang baru memeluk Islam selepas mendapat hidayah, Kisah kembara dakwah ke perkampungan orang Asli, personaliti saudara baru yang berjaya dan banyak lagi kisah-kisah orang yang mendapat hidayah Allah. Hidayah inilah yang digambarkan sebagai NUR IMAN. Terima kasih kepada Kak Zi dan Puan Aida yang memberi peluang untuk menyumbangkan "Voice Over" atau dipanggil sebagai suara latar bagi rancangan dokumentasi agama ini. Insyallah akan menemui penonton TV 1 pada bulan april nanti. Semoga rancangan NUR IMAN ini akan menyuntik keinsafan dan memberi gambaran yang baik kepada mereka yang ingin memeluk agama suci Islam. ![]()
Terakhir dikemaskini (Sabtu, 20 Februari 2010 14:23) Valentine Day : Tidak Tahu atau Buat-Buat Tidak TahuArtikel ini saya tulis setahun yang lalu Februari 2009 untuk Majalah CAHAYA terbitan JAKIM dan artikel ini juga terpilih untuk dimasukkan dalam website JAKIM. Namun selepas setahun berlalu kini apabila tiba februari 2010 saya lihat artikel saya masih disiar di Web JAKIM. Isu Perayaan Hari Kekasih. Ramai yang sudah tahu tapi buat-buat tak tahu. Ramai yang sudah faham tapi buat-buat tak faham. Fatwa pun sudah dikeluarkan tapi ramai yang tutup mata "menghalalkannya". Paling menyedihkan apabila Media, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah sibuk membuat persiapan meraikan hari bersejarah "kononnya" ini. Klik pautan ini http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3796 ![]() Ringkasnya dari artikel ini ialah Tindakan kita iaitu : HARAM jika kita lakukan seperti ini :- 1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya. 2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian. 3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut. 4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai. 5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut. Semoga beroleh manfaat dan menghindarkan diri kita dari pengaruh ini. Amin Terakhir dikemaskini (Isnin, 08 Februari 2010 12:23) Public Talk with 2009 USA Memory ChampionMembina minda mengingat sehebat komputer. Lebih dari 1juta maklumat kita terima dan masukkan dalam kotak minda setiap hari. Urusan pejabat, keluarga, kawan-kawan, belajar dan banyak lagi maklumat yang seharian kita terima dan simpan. Bayangkan anda sediakan 1 kotak kosong dan tiap-tiap hari anda masukkan bahan-bahan berlainan bentuknya dalam kotak itu. Buku, surat PTPTN, surat lantikan kerja, pen, kertas, permainan, kasut, dan lain-lain lagi. Hari demi hari bahan dalam kotak itu bertambah. Kemudian cukup seminggu anda cari kembali kertas lantikan kerja itu tadi. Berapa lama masa yang diambil untuk mencarinya ? 10 minit, 30 minit, 1 jam, 2 jam, 5 jam atau memakan masa 2 hari. Situasi lain pula, ada ketikanya kita perasan muka seseorang namun kita lupa namanya. Rasa macam pernah jumpa, tapi dimana dan siapa namanya. Namun jarang kita berjumpa seseorang dan beritahu saya ingat nama awak tapi saya tak "cam" muka awak yang mana satu. Namun, ada manusia yang boleh ingat beribu-ribu digit nombor hanya dalam beberapa minit dan boleh mengingat 50 nama peserta dengan hanya 5 saat perkenalan. Saya berkesempatan untuk hadir ke program Public Talk with World Memory Expert. Beliau ialah Ron White adalah 2009 USA Memory Champion. Seawal sesi beliau selama 2 jam 30 minit, beliau mempamerkan kehebatannya mengingat 50 nama orang peserta dengan hanya 5 saat perkenalan. Kemudian beliau meminta penonton memberikan 25 angka 2digit yang berbeza. Selepas 1 minit, beliau sebutkan semula digit-digit yang diberikan tadi dengan lancar mula dari digit atas kebawah dan dari bawah ke atas. Teori yang diperkenalkan ialah ![]() Program anjuran AIM dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Rahman. Dato Dr Ling Liong Sik (Bekas Menteri) juga hadir sebagai peserta. ![]() ![]() ![]()
Terakhir dikemaskini (Rabu, 27 Januari 2010 09:35) |


























