hariridaud.com

Pesta Buku 2010 Datang Lagi

 

Saya sampaikan juga info daripada Jabatan Pemasaran PTS (Penerbit Buku yang menyertai Jualan Pesta Buku 2010). Terima kasih kepada Tuan Nazrul dan Tuan Salleh atas maklumat ini.

Apa yang menarik di booth PTS kali ini:


1. Booth: PTS menyewa sebanyak 15 booth tahun ini bagi memastikan tuan dan puan selesa semasa berada di booth PTS. Ruang yang luas ini memudahkan tuan dan puan bergerak dan memilih buku PTS.   

2. Kaunter bayaran: PTS menyediakan 5 kaunter bayaran. Ini termasuklah 1 'Kaunter Ekspres' bagi tuan dan puan yang membeli 5 naskhah buku ke bawah secara tunai. Jadi tuan dan puan tidak perlu risau beratur panjang di booth PTS nanti.  

3. VISA & Mastercard: Bagi tuan dan puan yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus kepada tuan dan puan yang membayar menggunakan VISA & Mastercard.

4. Buku: Sekurang-kurangnya 1,000 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, motivasi, bisnes, novel islami, novel sai fai, buku masak, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi. Klik di sini bagi melihat senarai buku PTS: www.pts.com.my.  

5. Diskaun: Nikmati diskaun setinggi 25% bagi semua buku PTS. Download kupon diskaun di www.pts.com.my/pestabuku. Bagi pelajar berbaju sekolah dan pelajar IPTA dengan kad pelajar, diskaun yang diberikan ialah 30%. Bagi peminat FB PTS (www.facebook.com/bukupts), ada cenderahati untuk tuan dan puan apabila datang ke booth PTS nanti.

6. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di www.pts.com.my/pestabuku bagi melihat jadual aktiviti penulis-penulis PTS.
7. Hadiah: Bagi tuan dan puan yang membeli buku PTS lebih RM100 & RM200, dan RM500 ada hadiah istimewa menanti anda. Dapatkan jugabookmark percuma apabila membuat bayaran di kaunter.

8. Merchandise: Tahun ini PTS menghasilkan lebih 50 jenis merchandise buat peminat-peminat buku PTS. Ada notepad, badge button, notebook, car sticker, mug, t-shirt, dan sebagainya. Merchandise boleh dibeli di booth PTS pada harga yang sangat berpatutan.

Terakhir dikemaskini (Selasa, 16 Mac 2010 12:09)

 

Langgan info dari kami, masukkan email anda:

Servis oleh FeedBurner

ShoutMix chat widget
Google Friend Connect