hariridaud.com

Promosi Islam yang Indah bukan Islam yang Susah

Berdakwah di alam maya sangat popular zaman siber ini. Banyak laman blog yang bertunjangkan dakwah bil yad (Dakwah melalui tulisan). semakin mendapat tempat. Perkembangan ini memberi impak yang besar untuk memberi penjelasan dan komentar tentang pelbagai isu terutamanya berkaitan Islam.

Tidak ketinggalam sebuah laman web popular yang mempunyai pengikut lebih Sejuta ialah I LUV ISLAM.com. Sebuah laman forum yang mempromosikan dan menonjokan keindahan Islam. Konsep yang ceria, mesra, Islam yang indah, Islam yang harmoni telah menarik ramai pengikut setia termasuk bukan Islam untuk berchit chat dan menghantarkan karya kreatif mereka di laman web ini.

ISLAM YANG INDAH, ISLAM YANG MUDAH

Islam adalah agama yang tidak memberatkan penganutnya  kecuali dengan kemampuan mereka. Dalam peristiwa Haji Wada' (Haji Perpisahan,) Nabi Muhammad ternampak seorang lelaki yang sudah tua berjalan kaki menuju ke Mekah. Nabi Muhammad bertanya "Kenapa beliau berjalan kaki jauhnya untuk ke Mekah menunaikan Haji". Mereka berkata lelaki itu bernazar mahu mengerjakan haji dengan berjalan kaki.

Nabi Muhammad menjawab, "Ällah bukan mahu menyeksa hambanya dengan ibadah haji itu". Lantas, Rasulullah memerintahkan lelaki itu menunggang kenderaan.

Hal yang sama berlaku ketika Rasulullah memulakan dakwah di Mekah kepada keluarga dan sahabat handai di awal kerasulan Nabi. Rasullullah banyak bercakap dan memberi khabar gembira kepada penduduk Mekah. Kewujudan Pencipta, Islam sebagai penyelamat, Islam memelihara kaum wanita, Islam membenci penindasan, Islam pembela anak yatim, Islam membebaskan hamba dan banyak ini. Dakwah Islam agama Indah, mudah telah berjaya menarik ramai penduduk Makkah untuk masuk Islam.

Umar AlKhatab, panglima garang tunduk kerana tertarik dengan Islam apabila saudaranya Fatimah membaca ayat dari surah Taaha. Suraqah terpegun dengan sikap Rasullah yang mulia dan tidak membalas dendam dalam peristiwa Hijrah dan pelbagai kisah Islam yang Indah telah memukau orang kafir.

Saya berpeluang untuk mengikuti promosi akhbar Islamik terbaru I LUV ISLAM menjelajah IPT. Sebuah akhbar yang diilhamkan dari laman blog I LUV ISLAM. Saya juga berpeluang mendekati pengasas laman blog ini iaitu Saudara Imran Koyube. Saya juga sempat berbual dan mendengar pengalaman beliau ketika mula menerbitkan laman web I LUV ISLAM.

Katanya, beliau ingin menonjolkan Islam yang indah. Warna lembut yang digunakan di laman web itu juga untuk melihat Islam dengan kaca mata ketenangan dan keindahan. Alhamdulillah sejak ditubuhkan, pengikut setia I LUV ISLAM lebih dari 1 juta. Saudara Imran sudah mengorak langkah bekerjasama dengan Karangkraf untuk menerbitkan akhbar mingguan dan sekarang ini melangkah setapak lagi dengan menubuhkan syarikat perunding motivasi I LUV ISLAM. Good Luck Imran.

Beliau juga sempat menghadiakhkan kepada saya sehelai t-shirt I LUV ISLAM. Syukran akhi. Semoga Allah memberkati dan teruskan berdakwah.

 

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 27 Februari 2010 13:04)

 

Langgan info dari kami, masukkan email anda:

Servis oleh FeedBurner

ShoutMix chat widget
Google Friend Connect