Bina Azam 2010 : Tiru cara begini

Tahun 2010 telah bermula 6 hari yang lalu. Walaupun tahun hijrah sudah pun bermula sebulan yang lalu. Ramai orang bercakap tentang azam, tekad dan impian di tahun baru ini. Hampir semua dicorong-corong radio, TV dan akhbar berbicara tentang azam tahun baru dan tidak kurang yang mengirimkan dedikasi Tahun baru buat teman-teman. 

Saya tertarik dengan ungkapan yang dibuat oleh rakan Facebook dan juga perunding motivasi terkenal apabila menulis menulis mesej ringkas tentang azam tekad tahun baru. Apakata kita lihat dan hayati ungkapan ini. Begitu praktikal dan boleh diaplikasikan sebagai azam baru buat kita semua. 

(Kredit buat Tuan Haji Ahmad Fadzli Yusof dan  Tuan Idzhar Jumali)

Tuan Fadzli Yusof : Tip menetapkan sasaran: TAHU apa yang anda mahu. "Tidak mahu lewat" bukanlah sasaran yang berkesan, tetapi sepatunya "Menepati masa". "Turun berat badan" bukan sasaran efektif, tetapi sepatutnya "Mendapat tubuh yang ideal".

 

 

Tuan Idzhar Jumali : Tukar minda daripada 'apa yg hendak dihindar' kepada 'apa yg hendak dicapai'......cthnya : ketika memandu, tukar minda daripada 'jgnlah accident' (apa yg hendak dihindar) kepada 'selamatlah perjalanan' (apa yg hendak dicapai......

 

Terakhir dikemaskini (Rabu, 06 Januari 2010 11:53)

 

Kem Bina Insan Remaja Kuarters KLIA

Alhamdulillah, sambutan tahun baru saya kali ini dimeriahkan dengan program Kem Bina Insan untuk remaja di Kuarters KLIA, Sepang, Selangor.  Program bermula 31 Disember 2009 hingga 1 Janguari 2010. Seramai 80 orang peserta menyertai dan turut hadir para ibu-bapa pada akhir program berlangsung.

 Terima kasih kepada pihak Masjid Kuarters KLIA selaku Hos program En Tajul, Kak Nani yang tidak putus-putus memberi kerjasama dan memberi peluang kepada saya mengendalikan program ini. Semoga Allah membalas budi baik mereka. Tidak lupa kepada fasilitator Saudara Alif, saudara Hanis, Saudara Afiq, Saudari Mariyam dan Saudari Farhana serta Ustaz Zarifi selaku penceramah jemputan.

Insyallah kita akan bertemu lagi di program susulan yang kedua tahun 2010. 


 

Terakhir dikemaskini (Ahad, 03 Januari 2010 16:11)

 

10 Kata-Kata Pemimpin Dunia

Kata-kata umpama pedang tajam yang bisa menikam, kata-kata juga ibarat sutera yang bisa melembutkan hati, kata-kata adakalanya ibarat air yang bisa menyimbah api yang marah dan kata-kata ibarat badut yang membodohkan diri sendiri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

1.Adolf Hitler,Pemimpin Nazi :

Alangkah beruntungnya penguasa bila rakyatnya tidak boleh berpikir.Aku tidak perlu berpikir kerana aku adalah pegawai pemerintah.

2. Charles de Gaulle, Presiden Perancis Pertama :

Ahli Politik tidak pernah percaya akan ucapan mereka sendiri, kerana itu mereka sangat terkejut bila rakyat mempercayainya.

3. Sukarno, Presiden Pertama Indonesia :

Dalam sebuah revolusi, bapak makan anak itu adalah hal yang lumrah.

4. Lyndon B. Johnson, Presiden AS ke-36  :

Apabila dua orang selalu sepakat dalam segala hal, itu bererti cuma seorang yang berfikir.

5. Henry Ford,Pendiri Ford Motor :

Berfikir adalah pekerjaan berat, kerana itulah sedikit sangat orang yang mahu menggunakan otaknya. 

6. Roberto Goizueta, Pemimpin Coca Cola :

Musuh-musuh kita adalah kopi, susu, teh dan air putih.

7. Alexander Dumas the Younger, Pebisnis :

Bisnes ? Caranya mudah sekali: gunakan sahaja wang orang lain.

8. Agatha Christie, Novelis Misteri :

Pengumpul barang antik adalah suami yang paling baik, kerana semakin tua isterinya, semakin ia mencintainya.

9. AnatoleFrance, Penulis :

Buku sejarah yang tidak mengandung kebohongan pastilah sangat membosankan.

10. T.S. Eliot,Penulis :
Penulis yang masih muda, meniru. Penulis yang sudah berpengalaman, mencuri idea.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 23 Disember 2009 12:27)

 

Kisah 2 Sahabat : Apabila soalan tidak dijawab

Kisah 2 orang sahabat yang sudah bersahabat sejak dari kecil lagi. Mereka bermain bersama, bersekolah sama, bergurau senda seperti adik-beradik yang sangat rapat.

Namun, masa memisahkan mereka membawa haluan hidup masing-masing membina kehidupan sendiri. Tetapi masih lagi berhubung antara satu sama lain dan setiap kali mereka berjumpa atau berhubung ada soalan lazim yang akan ditanya. Soalan ini berubah-ubah mengikut peringkat umur mereka. Apakah yang ditanya antara mereka bertiga sejak kecil lagi?

Soalan Ketika umur mereka 13 tahun.

Soleh : Hafiz, sekolah dimana sekarang ye ?

Hafiz :  ooooo, aku sekolah di SMKA Sultan Muhammad sekarang.

Soalan Ketika umur mereka 17 tahun.

Soleh : Dapat berapa A SPM baru-baru ini, mesti hebat bukan?

Hafiz : bolehlah, cukup makan sahaja, 4 A,5B .Kamu pula bagaiamana?

Soalan ketika umur mereka 20 tahun.

Soleh : Aku sekarang di UIAM. Kau di mana sekarang?

Hafiz : emm, aku belajar UPSI sekarang buat pendidikan. Kamu, aku dengar belajar Undang-Undang.

Soalan ketika umur mereka 25 tahun.

Soleh : Aku dengar kau sudah kahwin, betul?

Hafiz : Betul, aku dah kawin dengan kawan sekelas aku dulu, aminah. Kamu bila lagi?

Soalan ketika umur mereka 30 tahun.

Soleh : Hello, Hafiz, kerje dimana sekarang, susah berhubung sekarang?

Hafiz : ooo, aku dah jadi pegawai di Kementerian Pelajaran. Bolehlah untuk sara keluarga.

Soalan ketika umur mereka 40 tahun.

Soleh : Hafiz, dah ada berapa orang anak?

Hafiz : Aku dah 5.  Tunggu yang ke-6 pulak. Kamu dah ada berapa atau dah ada cawangan baru.

Soalan ketika umur mereka 56 tahun.

Soleh : Hafiz, buat apa sekarang lepas pencen?

Hafiz : Biasalah jaga cucu.

Soalan ketika umur mereka 60 tahun.

Soleh : Hafiz, buat apa sekarang?

Isteri Hafiz : Dia dah meninggal bulan lalu.

Soleh : Innalillah, sudah tiada hafiz rupanya.

Ini antara soalan wajib mereka setiap kali mereka berhubung. Persoalanya? Adakah soalan ini juga anda akan tanya dan sudah tanya pada sahabat anda.Inilah soalan umur manusia. Urutan kehidupan manusia bergerak dari hari kehari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Tanpa disedari anda akan menanyakan soalan yang terakhir kepada sahabat anda namun orang lain yang akan menjawabnya. Sama-sama renung-renungkan. Mengapa hanya Soleh yang asyik bertanya.hehehehe ;-)

Terakhir dikemaskini (Isnin, 14 Disember 2009 09:14)

 

Dedikasi Tahniah kepada Debat USIM

 

 Alhamdulillah saya mendapat khabar gembira daripada adik-adik debat USIM kerana berjaya memenangi pertandingan Debat Diraja IPT 2009. Kemenangan berganda apabila USIM menang debat bahasa arab kategori Utama dan Debat Bahasa Melayu ketegori muda. Penantian hampir 10 tahun.

Saya teringat ketika zaman mula-mula pasukan debat ditubuhkan, ketika itu USIM hanya pasukan kecil yang mula masuk di kejohanan debat berprestij ini. Dari tahun ke tahun, mengorak mencapai tangga kecemerlangan masuk suku akhir, separuh akhir dan pernah juga masuk ke peringkat akhir dalam 5 pertandingan namun semuanya kecundang beroleh Naib Johan.

Alhamdulillah kali ini USIM berjaya. TAHNIAH kepada semua yang terlibat, pendebat, jururlatih, kelab debat, pihak pengurusan. MabrulkAlikum.. Siiru Ala Barakatillah.

Kenangan zaman debat IPT dahulu. Seingat saya, tahun 2006.Bersama dengan CIk Latifah Abd Aziz (DJ IKIM ketika ini) dan Dr Ikhwan Jabilin

Terakhir dikemaskini (Selasa, 08 Disember 2009 16:59)

 

Forum Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan

Alhamdulillah konvensyen pendakwah muda IPT peringkat kebangsaan berlansung dengan baik. Saya juga tidak ketinggalan menyumbangkan komitmen dalam program ini dalam Forum yang berlansung pada hari kedua program.

Saya, Ustaz Mohd Kalam Mazad (JAKIM), Dato Nakaie Ahmad dan Prof Madya Dr Harlina Siraj bersama-sama menjayakan forum itu bertajuk Generasi Muda menjana transformasi ummah.  Terima kasih kepada urusetia yang menjemput.

Saya tersentuh mendengar dan melihat Ustaz Kalam Mazad menyampaikan idea beliau dan berkongsi pengalaman peribadi. Seorang Ustaz muda, berpendidikan Sarjana Syariah daripada UM serta tidak dapat melihat akibat kemalangan jalan raya. Namun cukup cekal dan tabah berdakwah melalui soal jawab internet kemusykilan agama JAKIM yang dikendalikannya. 

Katanya " Alhamdulillah saya bersyukur kerana Allah menarik nikmat mata, kerana saya sudah tidak ada dosa melalui mata". Subhanallah....

Saya, Dr Harlina, Dato' Nakaie, Ustaz Kalam Mazad

 

Terakhir dikemaskini (Khamis, 03 Disember 2009 17:02)

 

Selamat Hari Raya Aidiladha 2009

 

 

Alhamdulillah, kita akan menyambut hari raya Aidiladha pada tahun ini. Semoga kita mendapat pengertian sebenar erti pengorbanan yang dituntut dalam Islam dan bukannya sekadar adat tahunan yang terkandung dalam taqwim hijrah. Sesungguhnya Yang Maha Melihat bukan memandang berapa banyakkah kita membayar harga lembu, bukan menilai seberapa banyak haiwan yang tumbang tetapi seberapa ikhlas kita berkorban.

 

Konvensyen Pendakwah Muda Kebangsaan 2009

Insyallah selasa ini saya akan bersama-sama dalam konvensyen pendakwah muda bersama ahli forum bertajuk "Generasi Muda Menjana Transformasi Ummah". Saya dimaklumkan seramai 700 peserta akan sertai konvensyen yang julung-julung kali diadakan dan menghimpunkan tokoh-tokoh yang terkemuka. Jemput semua sahabat-sahabat sertai konvensyen ini.
 
PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TEMPAT : KAMPUS USIM


TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, KULIYYAH ILMU WAHYU UIAM)

MASA: 11.00 PAGI
SLOT : WACANA 1
TEMA : SIKAP SOSIAL
TAJUK PERBINCANGAN :
1. KESEDARAN BERDAKWAH
2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH
3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA

SIDANG PLENO 1
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 (DKP3)
PEMBENTANG :
1. PROF. DR . KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT
2. UST HASNAN KASAN - PENSYARAH KANAN, PUSAT PENGAJIAN UMUM UKM
3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MALAYSIAN CHINESE MUSLIM ASSOCIATION (MACMA)

SIDANG PLENO 2
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 4 (DKP4)
PEMBENTANG :
1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED - PANEL PENDAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
2. PN. ROSMAWATI ZAINAL - PENGARAH PUSAT BIMBINGAN RAUDHATUS SAKINAH, KUALA LUMPUR
3. UST. ABD HARIS BAIN - PENGARAH WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY)

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : WACANA 2
TEMA : STRATEGI DAKWAH
TAJUK PERBINCANGAN :
1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH - PERKAITAN DAKWAH DI MALAYSIA
2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL - PENULISAN DAN MEDIA MASSA
3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN DAKWAH

SIDANG PLENO 1
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 (DKP3)
PEMBENTANG :
1. UST. ABDUL NASER ABDUL RAHMAN - PENSYARAH UIAM
2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI - KETUA EDITOR MAJALAH SOLUSI
3. DR. MUHD RUMAIZUDDIN GHAZALI - PENSYARAH USIM

SIDANG PLENO 2
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 4 (DKP4)
PEMBENTANG :
1. UST. MOHD AJIB ISMAIL - PENOLONG PENGARAH KANAN BAHAGIAN DAKWAH JAKIM
2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI) - PEMENANG ANUGERAH SENI NEGARA 2008
3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR

MASA: 8.30 MALAM
SLOT : FORUM
TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4
AHLI PANEL :
1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD - MANTAN PENGARAH YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
2. PROF MADYA DR. HARLINA HARLIZA HJ.SIRAJ - PERUNDING KANAN O&G, HOSPITAL UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (HUKM)
3. UST. MOHD HARIRI MOHAMAD DAUD - UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA


TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : ESQ 165 (TOGETHER WE TRANSFORM: V2R THROUGH THE ESQ WAY 165 MODEL)
ESQ TRAINER :
1. ANDI MUHAMAD FAJAR (DEWAN KULIAH PUSAT 3)
2. MUHAMAD AKMAL MD ANAS (DEWAN KULIAH PUSAT 4)

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU

MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA WAKIL IPT
KEHADIRAN : WAKIL SETIAP IPT YANG HADIR
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

MASA : 8.30 MALAM
SLOT : BENGKEL 3 (PERKONGSIAN PENGALAMAN AKTIVITI DAKWAH)
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4


TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : SESI RUMUSAN (PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN)
TEMPAT : DEWAN KULIAH PUSAT 3 & 4

MASA : 9.15 PAGI
SLOT : WACANA KHAS
TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA
PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI - PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM)

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB DATO' SERI MOHAMED KHALID NORDIN - MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Terakhir dikemaskini (Ahad, 22 November 2009 12:32)

 

Langgan info dari kami, masukkan email anda:

Servis oleh FeedBurner

Undian
1st Impression Anda?
 
ShoutMix chat widget
Google Friend Connect