Markah Kasihan : Guru kencing berdiri, Anak Murid kencing berlari
Ramai yang menghantar email dan komen di blog ini minta saya komen tentang isu yang melibatkan USIM baru-baru ini atas kapasiti Mantan YDP MPP, bakal graduan. (Walaupun saya tak minat respon isu ini). Isu ketidakpuasan hati seorang pensyarah terhadap isu "markah kasihan".
Saya sudah lama mengetahui "penyakit kronik" yang berlaku kepada pensyarah tersebut. Kisah sebelum beliau mengajar di USIM dan konflik hidup yang beliau alami. Jesteru, saya tidak terkejut "biawak" apabila membacanya di akhbar tempoh hari. Saya doakan beliau tenteram dan sejahtera.
Komen saya mudah sahaja, bagi saya kegagalan pelajar juga berpunca daripada kegagalan pensyarah yang mengajar. Mungkin ada yang menganggap komen saya berat sebelah tetapi saya amat mengagumi kesungguhan pensyarah-pensyarah yang ikhlas dan niat untuk memberi ilmu dan ternyata hasilnya amat baik disamping keberkatan berpanjangan.
Rasulullah s.a.w bersabda "Apabila seorang anak Adam itu mati maka terputuslah semua amalannya kecuali 3perkara iaitu Doa Anak yang Soleh, Sedekah Jariah dan Ilmu yang bermanfaat" (Hadith Sahih)
Saya doakan agar semuanya berjalan dengan damai. Semoga isu ini tidak dipanjangkan lagi dan memberi peluang kepada pihak berautoriti menyelesaikannya.
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:59)















Comments
Hariri : Sudah berlarutan isu ini. Parah juga. Quote
RSS feed for comments to this post.