Alhamdulillah saya mendapat khabar gembira daripada adik-adik debat USIM kerana berjaya memenangi pertandingan Debat Diraja IPT 2009. Kemenangan berganda apabila USIM menang debat bahasa arab kategori Utama dan Debat Bahasa Melayu ketegori muda. Penantian hampir 10 tahun.

Saya teringat ketika zaman mula-mula pasukan debat ditubuhkan, ketika itu USIM hanya pasukan kecil yang mula masuk di kejohanan debat berprestij ini. Dari tahun ke tahun, mengorak mencapai tangga kecemerlangan masuk suku akhir, separuh akhir dan pernah juga masuk ke peringkat akhir dalam 5 pertandingan namun semuanya kecundang beroleh Naib Johan.

Alhamdulillah kali ini USIM berjaya. TAHNIAH kepada semua yang terlibat, pendebat, jururlatih, kelab debat, pihak pengurusan. MabrulkAlikum.. Siiru Ala Barakatillah.

Kenangan zaman debat IPT dahulu. Seingat saya, tahun 2006.Bersama dengan CIk Latifah Abd Aziz (DJ IKIM ketika ini) dan Dr Ikhwan Jabilin

Terakhir dikemaskini (Selasa, 08 Disember 2009 16:59)

 

Comments  

 
0 #1 Hafizul UMP 2010-02-16 06:10 Salam. Lama x berhubung. Kak tipah dah kat ikim rupanya. Hariri lak wat ape skang nih? keje mana? Quote
 

Add comment


Security code
Refresh