Ucapan Dasar YDP MPP USIM 06/07
UCAPAN DASAR YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SESI 2006/2007
Assalāmu'alaikum warahmatullāhi wa barakātuh... Praise be to Allah, the Creator and The Sustainer of the world, Peace and Blessings be upon the Holy Prophet Muhammad S.A.W, his family, and companions. إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَنْ يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنْسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا (الأحزاب : 72) We did indeed offer the Trust to the Heavens and the Earth and the Mountains; but they refused to undertake it, being afraid thereof: but man undertook it; - he was indeed unjust and foolish. VISION OF SRC of KUIM All Distinguished Guest and my beloved exco members, It is known that 2006 is the 6th of establishment of Islamic University College of Malaysia. I believe that we are now progressing to achieve our vision in becoming a leading centre of education excellence. Thus, the IUCM Students’ Representative Council ( SRC ) being part and parcel of this big family will try our level best to promote the university’s agenda and missions nationally and internationally.
Experiencing the challenges of globalization it requires full understanding and commitment from the students of this higher Islamic Institution to uphold the good name of our university. The spirit of teamwork in upholding task as student leaders needs to be nurtured in each and every one of SRC members in ensuring the good name of KUIM. God willing we will lead the Students in achieving the mission and vision of the university as a whole.
MISSIONS OF SRC of KUIM For this term, SRC plans to strengthen and promote its roles in managing internal and external issues. As the students’ main body, we hope to widen the job scope of our Executive Committees (Excos) in upholding the earlier planned task to achieve the mission and vision of the university. Here, we would like to emphasize the role of SRC in handling local, national and international issues. STUDENTS
The SRC’s main agenda for this session is to strive for the best interest of the students. And in order to do that, we as students’ representatives will first and foremost do its best to bridge the gap between SRC and the students. It is our responsibility to serve the needs and welfare of all students, regardless of their faculties, courses and backgrounds, and make the students our focal concern. UNIVERSITY
SRC feels responsible in assisting the University in the pursuit of achieving its mission and vision of Islamization, Internationalization, Integration and Comprehensive Excellence (IIICE). It is essential to achieve these long-term goals in order to make our beloved University the leading centre for education excellence.
UMMAH
SRC will do its best to uphold the Islamic Principles, values and practices in our struggle for the betterment of ummah. Therefore, we hope to be more action-oriented for the benefit of the ummah. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang ditubuhkan di seluruh Institusi Pengajian Tinggi dan Swasta Tempatan merupakan salah sebuah platform untuk mengembangkan dan menggilap potensi kepimpinan mahasiswa yang merupakan pelapis kepada kepimpinan negara yang tercinta. Justeru, saya menyeru kepada diri saya dan seluruh rakan untuk berkhidmat bersungguh- sungguh dan memberikan khidmat yang terbaik menjayakan aspirasi universiti di dalam pembentukan para pelajar yang bukan sahaja jaguh di bumi sendiri bahkan mampu bersaing di pentas antarabangsa. Bersama slogan Profesional, Progresif dan Efektif , Majlis Perwakilan Pelajar KUIM bersepakat menggariskan 5 tonggak untuk dijadikan aspirasi perjuangan sepanjang tempoh lantikan sesi 2006/ 2007. 5 tonggak yang dimaksudkan adalah; 1. Kebajikan Pelajar 2. Budaya Ilmu dan Intelektual 3. Integrasi Pelajar 4. Pengantarabangsaan 5. Memperkasa mahasiswa berkemahiran, berketrampilan dan berakhlak mulia Hadirin-Hadirat yang dikasihi 1. Kebajikan Pelajar Tertubuhnya Majlis Perwakilan Pelajar adalah hasil daripada pilihan seluruh mahasiswa KUIM. Dalam Pilihan Raya MPP baru-baru ini, semua mahasiswa KUIM telah turun melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih calon pemimpin yang mereka inginkan. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh mahasiswa KUIM yang telah mengangkat nama KUIM sebagai universiti yang paling tinggi peratusan pengundian pada pemilihan kali ini sebanyak 94.38%. Justeru, tidak dapat tidak barisan MPP kali ini perlu menjadikan aspek kebajikan mahasiswa sebagai ”core business” dalam pentadbiran kali ini sebagai timbal balik atas mandat yang diberikan. Kemudahan infrastuktur, pinjaman, biasiswa dan juga kesihatan antara perkara-perkara yang akan diberi perhatian. Dalam mencapai misi tonggak pertama ini, MPPKUIM hadir dengan slogan ” Zero Problem : We Listen, We Act ” sebagai pembakar semangat untuk kami berkhidmat kepada seluruh lapangan mahasiswa KUIM. MPPKUIM juga telah menggariskan beberapa strategi antaranya mengeratkan lagi hubungan kerja yang jitu di antara JAKSA dengan Unit Pengurusan Kolej Kediaman dan Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemudahan pelajar di kolej kediaman dan juga hal-hal berkaitan pinjaman serta biasiswa pelajar. Selain itu, kemaslahatan pelajar yang berada di kampus Pandan Indah perlu diberi perhatian sewajarnya. Justeru, kami telah bersepakat untuk menubuhkan Biro Kebajikan Kampus Pandan Indah khusus untuk menyelia serta menjaga kebajikan pelajar-pelajar Perubatan yang tidak akan dipinggirkan. 2. Membentuk Budaya ilmu dan intelektual Pepatah Inggeris ada menyebut ”Knowledge is power”. Sejarah telah membuktikan tamadun yang berteraskan ilmu pengetahuan yang tinggi adalah tamadun yang berjaya seperti tamadun Islam yang mekar dengan ilmu sehingga lahirnya sarjana-sarjana pemikir agung dunia seperti Ibn Sina, Ibn Rusyd, Al-khawarizmi, Ar-Razi dan ramai lagi. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM 20.2 Billion atau 25% dari belanjawan mengurus RMK-9 kepada sektor pendidikan. Hasrat daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah tapak destinasi pengajian tinggi pilihan terbaik dunia disambut baik oleh MPPKUIM kali ini. Kita juga berusaha untuk membentuk “educational environment and learning culture” yang kondusif kepada masyarakat kampus. MPP melalui biro Linguistik dan Pembangunan Akademik akan berusaha memperhebatkan aktiviti ke arah pembudayaan ilmu seperti mengadakan aktiviti seminar pemikiran tokoh-tokoh terkenal, diskusi ilmiah dan juga mendekati pelajar yang bermasalah dari segi akademik. Selain itu juga, melalui Biro Pembangunan insan berhasrat untuk mengadakan program “Interfaith Dialogue” sebagai menyambut saranan dari Perdana Menteri Malaysia yang mahu melihat lebih banyak dialog-dialog agama diperhebatkan. Penyuburan budaya ilmu yang segar di kalangan mahasiswa adalah cabaran kepimpinan MPPKUIM sebagai menyahut seruan Timbalan Perdana Menteri yang ingin melihat mahasiswa adalah mereka yang menjulang martabat keilmuan dan membina kesedaran menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat. 3. Intergrasi Mahasiswa Setelah 6 tahun “bernyawa” dibumi Malaysia ini, jumlah penuntut KUIM sudah meningkat sehingga kini berjumlah 2418 orang pelajar dari pelbagai bidang pengajian masing-masing. Perpaduan di kalangan mahasiswa merupakan teras dalam pembentukan universiti yang berjaya. Namun, sifat individualistik dan mementingkan diri sendiri kian menguasai panorama kehidupan mahasiswa hari ini. Begitu juga dengan senario persatuan, kelab dan sekretariat fakulti yang mengambil sikap nafsi-nafsi dalam menjalankan aktiviti mereka. Seorang sarjana Islam pernah bermadah “Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan merinduinya dan jika kamu mati mereka akan menangisinya”. Justeru, MPP merasakan perpaduan di kalangan warga kampus wajar diberi perhatian yang serius. Kami telah merangka beberapa strategi antaranya menubuhkan Student Leaders Committee yang dipengerusikan oleh YDP dan dianggotai oleh seluruh pengerusi kelab, persatuan mahupun sekretariat fakulti yang akan bersidang membincangkan pelbagai isu kemahasiswaan khususnya di dalam ruang lingkup persekitaran KUIM. MPP juga telah bersepakat untuk menjalankan program “Society Mega Carnival” yang menghimpunkan seluruh kelab, persatuan di KUIM untuk bersama-sama MPP menjalankan aktiviti mereka. Berpegang kepada kata-kata “ Unity in University “ kami merasakan hubungan yang rapat di antara MPP dengan JAKSA, Kelab, Persatuan, Sekretariat Fakulti dan seluruh mahasiswa KUIM perlu di pereratkan lagi dan akan menjadi agenda utama dalam kepimpinan kali ini. 4. Pengantarabangsaan Dalam mendepani fasa ke-2 KUIM, pembinaan imej dan citra KUIM diberi penekanan. Hasrat dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa menjelang 2010 dari segi penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersialan. MPP juga tidak terkecuali dalam membantu universiti dalam menjadikan KUIM sebagai pusat keilmuan pengajian islam yang kompetetif di Malaysia dan juga antarabangsa. Bagi mencapai cita-cita tersebut cabaran untuk membentuk minda kelas pertama dan juga minda global palajar KUIM menjadi hadaf utama. MPP ingin mewujudkan kesedaran yang tinggi dikalangan mahasiswa yang sensitif dengan isu-isu global berkaitan ummah. Justeru, MPP berhasrat untuk memperbanyakkan diskusi ilmiah yang berkaitan isu-isu global untuk manfaat mahasiswa KUIM seluruhnya. Selian daripada itu juga, keterlibatan mahasiswa KUIM dan MPP dalam mendepani isu-isu antarabangsa sudah terkehadapan seperti memberi sumbangan kepada tabung rayuan mangsa gempa bumi Iran 2004, keprihatianan terhadap mangsa tsunami 2005, isu peperangan di Iraq 2004, isu gempa bumi di Pakistan 2006 dan yang terbaru menyatakan bantahan kepada pencerobohan di Lubnan mempamerkan kesungguhan mahasiswa KUIM memberi respon positif kepada kesejagatan ummah. MPP berpendapat dalam menuju kepada pembinaan minda kelas pertama perlu keterlibatan dari semua warga KUIM supaya kita dapat melahirkan mahasiswa KUIM adalah mahasiswa yang mampu menjadi “global player ” dalam dunia tanpa sempadan hari ini.5. Memperkasa mahasiswa yang berkemahiran, berketerampilan dan berakhlak mulia Tanggungjawab sebagai mahasiswa bukan sahaja terhad kepada pengkuliahan, kerja khusus di dalam kelas semata-mata tetapi universiti merupakan satu “training ground” untuk menghasilkan modal insan yang kompetatif. Kemahiran-kemahiran soft skill seperti kemahiran berorganisasi, berkomunikasi, pengucapan awam, pengkomputeran dan sebagainya perlu diterap dan dikutip sebagai “value added” kepada mahasiswa KUIM agar lebih bersifat competent dan marketable. Isu pengangguran bukan isu baru bagi mahasiswa dan dilaporkan 80,000 mahasiswa IPTA yang menganggur sehingga kini. Justeru, MPP tampil dengan merancang beberapa modus operandi antaranya mengadakan Hari Kerjaya yang akan memberi pendedahan kepada mahasiswa KUIM tentang cabaran dan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Selain itu juga aspek pembangunan modal insan berteraskan kerohanian menjadi agenda utama bagi MPP kali ini. Di dalam RMK-9, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan 5 teras Misi nasional yang berasaskan pembangunan modal insan yang mempunyai kekuatan spiritual, ahklak, intelektual dan berdaya saing. Di atas kesedaran ini, MPP juga bergerak untuk bersama-sama membangunkan graduan KUIM yang mempunyai budi pekerti yang indah dan berakhlak mulia. Tokoh akademik, Prof Diraja Ungku Aziz pernah menyebut; “Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin berpengalaman dan terpelajar”. Pada pandangan saya, kenyataan di atas jelas menuntut seluruh mahasiswa perlu melengkapkan diri bukan sahaja dengan mutiara ilmu pengetahuan bahkan dituntut juga menyediakan sebanyak mungkin kemahiran- kemahiran lain yang menjadi aksesori pelengkap kepada seseorang mahasiswa yang dapat menyumbangkan idea untuk membangunkan Negara dan bangsa. Hadirin-Hadirat yang dikasihi sekalian. Kami yakin dan percaya segala hasrat serta aspirasi yang telah digariskan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dari semua pihak. Justeru atas dasar Shura dan musyawarah, MPP mendambakan kerjasama dari pihak pentadbiran universiti, HEP, kakitangan akademik serta seluruh mahasiswa KUIM dan MPP bersedia untuk duduk semeja bersama-sama membantu KUIM dalam mencapai aspirasi universiti kerana kami yakin MPP juga sebahagian dari keluarga KUIM. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya mendoakan moga-moga kita akan mendapat barakah serta kekuatan dari Allah S.W.T dalam menggapai impian dan cita-cita yang diimpikan. ”Leadership is action not position” . Sekian, Assalamualaikum.
* dibaca semasa watikah perlantikan MPP USIM - 4 oktober 2006
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:15)
















