Gambar :Saya bersama Ustaz Erfino Johari & Sahabat Shuhairy di London. 

Ustaz Erfino Johari namanya sudah mekar harum meniti dibibir masyarakat Malaysia yang banyak memberi ceramah agama, mempunyai raut wajah kacak, berpendidikan Bahasa Arab di Universiti Jordan dan sering ke udara di radio IKIM mengendalikan rancangan Haiya Bil Arabiah. Setelah berzaman berdakwah di tanah air Malaysia, beliau kini melebarkan pengalaman dan dakwahnya ke bumi Eropah pula. Ustaz Erfino sekarang ini sudah genap setahun berkhidmat sebagai Atase Pendidikan & Agama di Malaysian Student Department (MSD) UK & Ireland. Layari www.erfino.blogspot.com 

Syukur semasa kunjungan rombongan pelajar Malaysia ke sana yang saya mengikutinya, saya sempat bertemu dan berbual mesra dengan tokoh ini. Disana beliau banyak mengendalikan pelbagai acara keagamaan dan memberi pengisian agama kepada seluruh pelajar Malaysia disana. Kata beliau " Ana disini kerja dari urusan baby lahir sampai urusan kematian". Dalam perbualan kami, beliau ada juga menyatakan pendekatan dakwah di Eropah cukup berbeza, mereka lebih bersifat profesional dan mahukan hujah yang lengkap untuk menerima sesuatu kepercayaan. Alhamdulillah, sepanjang setahun Ustaz disini, beliau telah didatangi oleh beberapa individu yang melafazkan 2 kalimah Syahadah dihadapannya untuk memeluk Islam. Mabruk 'Alika. 

Semoga dengan kehadiran Ustaz Erfino di bumi Eropah dapat membantu dan membimbing pelajar kita di luar negara agar tidak terpesong dengan ajaran agama Islam. Bila berjauhan dari keluarga, pelbagai cabaran datang menjelma. Hari ini naik flight dari KLIA bertudung sampai di Heahtrow bersanggul rambut. Menetap dirumah yang sama lelaki dan perempuan walhal ibu bapa di tanah air asyik mimpi anaknya beriman. Bukan menghina atau mengata tetapi sekadar renungan buat pedoman.  

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:33)

 

Add comment


Security code
Refresh