Basikal Tua Orang Dutch

Bukan basikal berjenama seperti Lerun, BMX atau Olympic tetapi basikal tua yang atuk dan nenek kita naik 50 tahun dulu ketika mereka sedang bercinta. Anda mungkin terasa macam tidak percaya. Saya sendiri pun ketika melihatnya tidak percaya tetapi itulah hakikatnya.
Kerajaan Belanda telah mengistiharkan bahawa kenderaan basikal adalah “King on the road”. Apa yang menarik perhatian saya ialah budaya hormat-menghormati di atas jalan raya amat berhemah. Tidak kira si pemandu kereta adalah orang kaya namun tetap menghormati mereka yang berjalan kaki dan berbasikal. Bukankah ini adab-adab Islam dan mereka (masyarakat Dutch) yang mengamalkannya. Wah, Hebat bukan !! Jalan raya di Balanda mempunyai 3 lorong iaitu lorong kereta, tram (sejenis keretapi yang dipandu di atas jalan raya) dan lorong basikal. Rata-rata masyarakat disini suka berbasikal sambil menghirup udara nyaman. Lalu, timbul idea sukses dalam fikiran saya membayangkan semua mahasiswa USIM berbasikal di dalam kampus. Sekadar membayangkannya :-)
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:19)















