1 ogos lalu berlangsungnya Majlis Konvokesyen USIM kali ke-7. Alhamdulillah, tahniah dan syabas saya ucapkan buat semua sahabat yang berjaya dalam pengajian 4 tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya atas pengorbanan menyekolahkan saya hingga ke peringkat ini.

Seronok melihat telatah, ragam, raut wajah graduan, ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara dan rakan-rakan dihari bersejarah ini. Apa tidaknya, semuanya diraikan dalam majlis gilang gemilang yang disediakan oleh universiti. Sepanjang majlis berlangsung, saya suka perhatikan gelagat sanak saudara, rakan-rakan meraikan hari kegemilangan ilmu ini. Anda perasan situasi ini ?

1. Ibu terutamanya sebak melihat si anak naik ke pentas utama untuk menerima ijazah dari Tuanku Canselor dengan jubah konvokesyen. Bangganya si ibu.

2. Sibuk ibu bapa si anak menceritakan kepada orang sebelah dan orang sekitar, apabila nama anaknya disebut dan tak lekang dibibir menceritakan kebaikan anaknya. Gembiranya hati mereka.

3.  Bertukar-tukar sesama sanak saudara mengenakan jubah graduasi. Pakat-pakat mahu cuba dan merasakan aura jubah kebanggaan graduan ini. Adik beradik, ibu, bapa, datuk hingga nenek pun mencubanya. Gelak ketawa sesama mereka melihat telatah masing-masing. 

4. Satu persatu gambar diambil bersama si anak untuk diabadikan dalam kenangan. Gambar dibesarkan dan digantung di rumah, tanda kejayaan seorang anak yang dicintai. 

5. Berpelukan, bersalaman sahabat-sahabat seperjuangan selama 4 tahun bersusah payah, bersengkang mata untuk berjaya. Erti sebuah pengorbanan.

Mungkin banyak lagi situasi dan telatah menarik yang kita tonton atau yang berlaku kepada keluarga kita. Namun inilah hakikat sebuah kegembiraan dihari graduasi. Terima kasih juga buat adik saya kerana datang jua dari terengganu, Tuan Ihsan (Ketua Suksis UDM).

 Buat rakan-rakan, inysllah dlain waktu kita bertemu lagi.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 05 Ogos 2009 16:46)

 

Comments  

 
+1 #8 Masyitah 2009-08-20 23:31
Salaam… Tahniah buat abg senior ku…
Semoga terus berjaya…
.
Hariri : Terima kasih masyitah atas ucapan
Quote
 
 
+1 #7 ardiah 2009-08-20 00:30 tahniah untuk semua sahabat2..ada rezki moga jumpa lagi di lain masa..
.
Hariri : Insyallah reunion dakwah nanti
Quote
 
 
+1 #6 srikandi601 2009-08-17 08:21 Convo dh ustaz! Tahniah,Smga terus cemerlang.
.
Hariri : Terima kasih ustazah hana atas ucapan
Quote
 
 
+1 #5 ikhma@usim 2009-08-13 21:10 congratulations …!
moga blog ni dpt menambah lebih banyak lagi input yang berguna.
.
Hariri : Insyallah akan diperhebatkan lagi. Amin
Quote
 
 
+1 #4 simple-shida 2009-08-13 19:56 salam ziarah.. congrates konvo!!
teruskan mendidik anak bangsa menjadi MODAL INSAn..
slmt berjuang.. di mana bumi dipijak..
disitu ISLAm dijulang !!
barakallahu..
.
Hariri : Terima kasih shida atas ucapan.
Quote
 
 
0 #3 Zubaidah 2009-08-07 22:00 Tahniah, ustaz!
.
Hariri : Sama -sama zubaidah. Terima kasih atas ucapan
Quote
 
 
+1 #2 madihah 2009-08-06 10:42 saat convo ni la detik terindah bg mahasiswa..dengan pengiktirafan ini langkah kita makin dipercayai & diterima ramai..

tahniah wa mabruk alaik!

Hariri : Betul madihah. Selepas bertungkus lumus belajar.
Quote
 
 
+1 #1 ibnuibrahim 2009-08-06 01:40 wah.. beznye bile dah bergelar graduan kan..

Hariri : Terima kasih atas ucapan.Memang best bila dah graduasi. Nikmat untuk ibu bapa juga.
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh