Saya juga salah seorang peminat komik ketika di bangku sekolah. Banyak juga koleksi komik saya seperti Jaguh Bola Sepak, Johan bola sepak, dragon ball dan dewata raya. Namun sudah lama saya tidak membeli dan membaca komik.

Tambahan pula banyak komik jepun yang mempengaruhi minda kanak-kanak sehingga kini. Komik islamik juga kurang dipasaran selepas majalah lanun tidak lagi diterbitkan.

Minat membaca komik mula datang selepas saya membaca komik berjudul TAKAZA. TAKAZA bermaksud keperluan agama. Saya bertemu dengan penulis komik ini iaitu seorang pelajar di Maktab Penguruan Islam, Bangi ketika makan tengahari bulan lalu. Ustaz Wan Zuhairi yang mempelawa saya membaca komik TAKAZA ini.

Ustaz Wan Zuhairi graduan Al-Azhar yang berkecimpung dalam dunia komik sejak dari bangku sekolah lagi dan kini sepenuh masa dalam menerbitkan buku komik islamik. Big Boss Komik-M. Semoga istiqamah ustaz menerbitkan komik mendidik.

TAKAZA mengisahkan seorang remaja bernama syah dan abangnya Rio yang terjebak dengan kumpulan kongsi gelap. Dunia jenayah sudah menjadi darah daging mereka. Namun, syah mula berubah mencari hidayah Tuhan selepas kematian abangnya. Syah mula berubah dan mendekati ilmu agama selepas bertemu dengan seorang pemuda "surau" yang penuh misteri.

Saya suka dengan tagline komik ini iaitu "KAU TAK BERJUMPA KALAU KAU TAK MENCARI". Ramai orang ingin berubah namun tidak melakukan apa-apa untuk berubah. Cakap tak serupa bikin.

Itu cerita TAKAZA. Ini buku apa pulak ? Sebuah buku himpunan novel-novel puasa dan raya. Himpunan penulis-penulis novel terkenal seperti Farihah Iskandar, Ain Maisarah, ezi Rahmani, Natasha Efyzal dan ramai lagi.

Aik ada nama saya? emmm jangan keliru saya tidak menulis novel cuma saya menulis tentang info ramadan dan syawal dalam buku ini. memberi panduan dan amalan untuk dilakukan sepanjang bulan ramadan dan syawal ini. Sambil-sambil membaca novel, bolehlah mendapat amanaln dibulan ramadan dan syawal nanti.

Selamat berpuasa..... 

Terakhir dikemaskini (Khamis, 27 Ogos 2009 13:43)

 

Comments  

 
0 #2 zizai 2009-09-11 00:46 salam kat mana blh dapatkan komoik2?
.
Hariri : Saudara boleh beli di MPH atau Popular. Boleh juga layari bookcafe.com.my. Pembelian terus dengan PTS.
Quote
 
 
0 #1 Sabry 2009-08-29 21:22 Salam Ust Hariri, teringin utk baca Komik Takaza… Boleh usahakan scan>pdf kan?
Thanks. Sabry,Surrey,UK
.
Hariri : Terima kasih Sabry atas komentar. Insyallah saya akan bertanya pada Ustaz Wan Zuhairi tenatng ini
Quote
 

Add comment


Security code
Refresh