Public Talk with 2009 USA Memory Champion
Membina minda mengingat sehebat komputer.
Lebih dari 1juta maklumat kita terima dan masukkan dalam kotak minda setiap hari. Urusan pejabat, keluarga, kawan-kawan, belajar dan banyak lagi maklumat yang seharian kita terima dan simpan.
Bayangkan anda sediakan 1 kotak kosong dan tiap-tiap hari anda masukkan bahan-bahan berlainan bentuknya dalam kotak itu. Buku, surat PTPTN, surat lantikan kerja, pen, kertas, permainan, kasut, dan lain-lain lagi. Hari demi hari bahan dalam kotak itu bertambah. Kemudian cukup seminggu anda cari kembali kertas lantikan kerja itu tadi. Berapa lama masa yang diambil untuk mencarinya ? 10 minit, 30 minit, 1 jam, 2 jam, 5 jam atau memakan masa 2 hari.
Situasi lain pula, ada ketikanya kita perasan muka seseorang namun kita lupa namanya. Rasa macam pernah jumpa, tapi dimana dan siapa namanya. Namun jarang kita berjumpa seseorang dan beritahu saya ingat nama awak tapi saya tak "cam" muka awak yang mana satu.
Namun, ada manusia yang boleh ingat beribu-ribu digit nombor hanya dalam beberapa minit dan boleh mengingat 50 nama peserta dengan hanya 5 saat perkenalan. Saya berkesempatan untuk hadir ke program Public Talk with World Memory Expert. Beliau ialah Ron White adalah 2009 USA Memory Champion.
Seawal sesi beliau selama 2 jam 30 minit, beliau mempamerkan kehebatannya mengingat 50 nama orang peserta dengan hanya 5 saat perkenalan. Kemudian beliau meminta penonton memberikan 25 angka 2digit yang berbeza. Selepas 1 minit, beliau sebutkan semula digit-digit yang diberikan tadi dengan lancar mula dari digit atas kebawah dan dari bawah ke atas.
Teori yang diperkenalkan ialah

Program anjuran AIM dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Rahman. Dato Dr Ling Liong Sik (Bekas Menteri) juga hadir sebagai peserta.



Terakhir dikemaskini (Rabu, 27 Januari 2010 09:35)














