Kita hanya merancang namun Allah sebaik-baik perancang untuk kita. Saya telah berkesempatan untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 SMA Dato Klana Petra, Ampangan, Negeri Sembilan tentang "strategi belajar di awal tahun" khususnya kepada adik-adik yang baru mendaftar di Tingkatan 1.

Kenapa aku berada di Sekolah ini? Aku tidak minat tapi ibu bapa yang nak sangat aku kesini? Berbagai-bagai perasaan "memberontak" dalam diri mereka kerana tidak berpuas hati dengan pilihan dan ketentuan yang ditetapkan. Benar bukan mudah untuk menimbulkan minat dan merubah diri menerimanya.

Kadang-kadang kita tidak tahu apa rahsia disebalik sesuatu kejadian yang berlaku. Bak kata orang "ada hikmah disebaliknya". Hari ini yang kita lalui adalah realiti, dan hari esok adalah misteri. Seringkali manusia berubah kerana sesuatu "kejadian" atau "penyebab" kepada dirinya. Ada mereka yang soleh berubah selepas menerima hukuman penjara, ada mereka berenti "merempit" selepas kawannya "mati katak" di atas jalanraya dan berbagai lagi. Mungkin kehadiran dari adik-adik ke SMA Dato Klana Petra ini merubah diri mereka menjadi orang yang bertaqwa dan berjaya. Siapa tahu? Inilah "Misteri".

Hari ini adalah Realiti dan esok adalah misteri.

.

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:41)

 

Add comment


Security code
Refresh