8 hari kena suspek denggi, syukur Alhamdulillah kembali sihat. Seminggu terpaksa berehat di rumah disamping kena ulang alik tiap-tiap hari ke Hospital Kesihatan Putrajaya untuk pemeriksaan darah. Lembam tangan dibuatnya, tiap-tiap hari ambil darah. Nasiblah. Jika anda demam berpanjangan, rasa lemah badan, lenguh-lenguh, muntah-muntah, pening kepala, bintik-bintik merah cepat-cepatlah ke Hospital, mungkin anda juga disuspek denggi.

Insyallah esok saya akan kembali semula ke kampus, mesti banyak assingment yang tertangguh ni. Lepas ini, dapatlah mengaktifkan kembali blog ini dan kepada semua pembaca blog saya jaga kesihatan yer.

Ingat 5 Sebelum 5

HIDUP sebelum MATI

MUDA sebelum TUA

KAYA sebelum MISKIN

LAPANG sebelum SEMPIT

SIHAT sebelum SAKIT

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:48)

 

Add comment


Security code
Refresh