Ziarah sahabat di Kedah
Selemah-lemah manusia ialah orang yang gagal mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari (Saidina Ali)
Seronok apabila bertemu semula sahabat-sahabat seperjuangan semasa belajar dahulu. Minggu ini banyak jemputan Majlis Kesyukuran Perkahwinan yang saya terima dari sahabat-sahabat di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan tapi memandangkan masa dan kos, jadi saya hanya berkesempatan ke Kedah sahaja. Maaf buat sahabat Sdr Nik Hakimi, Sdr Anisah dan Sdri Rozaida kerana tidak dapat hadir. Insyaallah, ada kesempatan saya akan ziarah.
Gembira apabila bertemu sahabat lama iaitu Sdr Kasyfi Taufik (Rakan sebilik saya di KUSZA selama 2 tahun), Syahid (senior saya di USIM), Husni Zaim (senior di USIM), Mansor Othman (sahabat KUSZA & USIM), Helmi (Senior di USIM) dan Mahyuddin (Pengantin, sahabat dan juga Tutor USIM sekarang). Di Kedah sedang musim hujan, kiranya kenduri dalam hujan jugaklah tapi tetap meriah.
[caption id="attachment_575" align="aligncenter" width="471" caption="Saya bersama Mahyuddin, Sayyidah dan Syahid"]
[/caption] [caption id="attachment_576" align="aligncenter" width="471" caption="Kasyfi, saya, Mahyuddin, Husni dan junior Mahyuddin"]
[/caption] [caption id="attachment_577" align="aligncenter" width="471" caption="bersama sahabat Sdr Helmi (Kenduri bulan lalu)"]
[/caption] [caption id="attachment_578" align="aligncenter" width="486" caption="Nik Hakimi dan Anisah (Foto : Ihsan dari Nik Hakimi)"]
[/caption]
8 Kata-kata hikmah tentang persahabatan dari Prof HAMKA ( Buku Falsafah Hidup ) :-
1. Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan
2. Kesenangan hidpmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran
3. Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum dimintanya.
4. Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah
5. Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, bererti memberikan kepada dirimu sendiri
6. Pengubat jerih hidup manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat
7. Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.
8. Teman yang ’ berudang di balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang melemparkan tulang itu
Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 02:48)















