[caption id="attachment_1083" align="aligncenter" width="440" caption="Bersama "Fun Club" ;-)"]dsc00895[/caption]

Minggu ini saya ke selatan tanah air iaitu di SMKA Johor Bharu untuk memenuhi jemputan ceramah Kem motivasi dan kecemerlangan pelajar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nazim, Cik Siti Mariyam, En Razak, Guru-Guru SMKA JB, Mirza Amin & Family (sudi menumpangkan saya selama 2hari).

Kali ini saya berceramah dihadapan 600 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5. Yang pasti mereka ini sangat "best" dan "happening". Hilang penat saya setelah bermusafir sejauh 300 km apabila melihat adik-adik ini. Tahniah juga kepada adik Zubir (Tingkatan 2) yang menang dalam aktiviti "belon terbang".

[caption id="attachment_1159" align="aligncenter" width="440" caption="Dengar semua ;-)"]pic_0279[/caption] [caption id="attachment_1084" align="aligncenter" width="440" caption="Terbang menggapai Impian"]dsc00797[/caption] [caption id="attachment_1085" align="aligncenter" width="440" caption="Pahlawan-Pahlawan SMKA JB"]dsc00782[/caption] [caption id="attachment_1086" align="aligncenter" width="440" caption="Srikandi SMKS JB yang ceria"]dsc00799[/caption] [caption id="attachment_1097" align="aligncenter" width="440" caption="Sesi Autograf"]dsc00899[/caption]

 

Apa yang saya kongsikan bersama mereka ?

Bagaimana untuk membina impian hidup. Impian juga  adalah langkah pertama menjadi realiti. Ramai orang bertanya bagaimana untuk berjaya? Apa yang harus mereka lakukan ? Saya menjawab ialah dengan membina impian atau dream atau berangan-angan terlebih dahulu. Begitu jualah bagi pelajar perlu ada impian selepas tamat belajar peringkat sekolah nanti ? Apa dan dimana mereka akan berada selepas sekolah.

Impian (Berangan-angan) - Berusaha - Berjaya.

Bagaimana anda nak beusaha mencapai sesuatu tanpa anda bermimpi tentang hasilnya. Seorang usahawan berjaya akan berangan-angan ingin berjaya seperti tokoh usahawan, kemudian beliau mengikuti kursus, membina networking, memulakan perniagaan dan akhirnya mencipta kejayaan.

Saya teringat kata-kata terakhir sebelum Angkasawan negara berlepas ke Angkasaraya iaitu :-

This is all for you Malaysia !

Start dreaming big and believe in them. One day it will become a reality. It took me 25 years to fulfill my dream. And if I could do it, I truly believe you could too!

Terakhir dikemaskini (Khamis, 02 Julai 2009 03:02)

 

Add comment


Security code
Refresh