Ceramah di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
Jumaat yang lalu saya berkesempatan menerima undangan ceramah dari pihak Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Kuala Lumpur yang berlangsung di Masjid Zubir, Cheras. Terima kasih Ustaz Farid atas undangan, sahabat lama yang berbulan-bulan tidak berjumpa.
Saya diberi amanah untuk menyampaikan ceramah bertajuk Bagaimana menjadi Muslim Super? sempena dengan Kem ibadah anjuran Kelab Insaniah Kolej. Kira-kira 50 orang pelajar mengikuti kem ini yang terdiri dari pelbagai program pengajian dan tahun pengajian.
Menariknya semangat dan keinginan pelajar-pelajar untuk hadir ke program ini sangat dipuji. Walaupun tiada kenderaan yang disediakan, namun mereka tekad datang ke program ini. Ustaz Farid sempat bercerita dengan saya, mereka datang dengan motor, bas awam dan mereka mengeluarkan duit mereka sendiri untuk menampung keperluan program. Masyaallah. Hebat. Semoga Allah merahmati mereka.
Apabila bercakap soal SUPER, kita mesti terbayang imej Superman, superhero atau supermarket yang menggambarkan kehebatan, terunggul, hebat dan sebagainya. Begitu juga dalam beribadah dan mahu menjadi muslim yang super.
Saya banyak berkongsi dengan mereka ayat surah Al-Mukminun dari ayat 1 hingga 11 iaitu "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia, Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu),
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela, Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas, Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, Yang akan mewarisi Syurga Firdaus mereka kekal di dalamnya".
Inilah intipati, seorang yang akan bergelar MUSLIM SUPER. Semoga kita menghayati dan mengamalkannya.



Terakhir dikemaskini (Selasa, 17 November 2009 14:49)















Comments
ceramah ustaz mmg best la..
Hariri : Terima kasih Julie. Nanti ada kelapangan boleh jemput lagi ke sana. Insyallah akan dipenuhi Quote
Hariri : Terima kasih hanis atas kiriman komentar. Insyallah jika dijemput lagi saya mesti datang ke sana lagi. Kirim salam pada semua kawan-kawan dan ustaz farid Quote
dah tukar url sperti yg disuruh, tpi xthu btul ke tidak.. Quote
RSS feed for comments to this post.