Voice Over untuk NUR IMAN
Alhamdulillah minggu lalu selesai satu lagi kerja bersama production JAKIM untuk penerbitan sebuah lagi siaran agama bertajuk NUR IMAN di TV 1. NUR IMAN adalah sebuah rancangan agama yang memaparkan cerita dan info berkenaan saudara baru Muallaf. Terdapat pelbagai informasi seperti pengalaman peribadi mereka yang baru memeluk Islam selepas mendapat hidayah, Kisah kembara dakwah ke perkampungan orang Asli, personaliti saudara baru yang berjaya dan banyak lagi kisah-kisah orang yang mendapat hidayah Allah.
Hidayah inilah yang digambarkan sebagai NUR IMAN. Terima kasih kepada Kak Zi dan Puan Aida yang memberi peluang untuk menyumbangkan "Voice Over" atau dipanggil sebagai suara latar bagi rancangan dokumentasi agama ini. Insyallah akan menemui penonton TV 1 pada bulan april nanti.
Semoga rancangan NUR IMAN ini akan menyuntik keinsafan dan memberi gambaran yang baik kepada mereka yang ingin memeluk agama suci Islam.

Terakhir dikemaskini (Sabtu, 20 Februari 2010 14:23)
















Comments
Hariri : Terima kasih halimuddin Quote
wahh… thniah2.. abg hariri yg mantop!
Hariri : Terima kasih masyitah Quote
RSS feed for comments to this post.