Semalam (18 April) saya berkesempatan untuk bersama adik-adik di SMK Seri Saujana, Sri Petaling, KL untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Sudah lama tidak berceramah di hadapan pelajar-pelajar sekolah (kekok juga rasanya), kali terakhir pada tahun lepas di SK Kota Warisan, Sepang. Yelah, sekarang ini banyak berceramah dan memberi ucapan kepada rakan-rakan di universiti sendiri.
Apa yang saya hendak berkongsi dengan anda ialah majoriti pelajar disini hampir 80% terdiri daripada pelajar cina. Tetapi, satu keistimewaan yang saya temui iaitu Pengetua sekolah tersebut merupakan seorang Ustazah. Lebih membanggakan Ustazah Fatimah merupakan satu-satunya Pengetua di Kuala
Lumpur berstatus Ustazah!! Namun saya tidak dapat berbual dengan Ustazah Fatimah kerana beliau mempunyai urusan di luar. Tetapi, saya percaya Ustazah Fatimah seorang guru yang berkaliber dan berdedikasi. Saya juga terpegun apabila saya diberi tahu bahawa sekolah ini mempunyai Kelas Aliran Agama sehingga ke tingkatan 5 walaupun sekolah ini majoriti terdiri daripada kaum cina. Program ini dihadiri oleh 250 orang pelajar Muslim dari Tingkatan 1-5. Majlis dimulakan dengan perarakan berselawat ke-atas Nabi (saya juga sempat bersama-sama mereka). Hampir 1.15 minit saya menyampaikan ceramah saya dan majlis ini diakhiri dengan persembahan nasyid yang sangat mempersonakan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar terutamanya kepada Ustaz Fairuz dan Ustazah Noraizah kerana menjemput saya dan memberi peluang kepada saya. SYUKRAN JAZILAN !!