Valentine Day : Tidak Tahu atau Buat-Buat Tidak Tahu
Artikel ini saya tulis setahun yang lalu Februari 2009 untuk Majalah CAHAYA terbitan JAKIM dan artikel ini juga terpilih untuk dimasukkan dalam website JAKIM. Namun selepas setahun berlalu kini apabila tiba februari 2010 saya lihat artikel saya masih disiar di Web JAKIM.
Isu Perayaan Hari Kekasih. Ramai yang sudah tahu tapi buat-buat tak tahu. Ramai yang sudah faham tapi buat-buat tak faham. Fatwa pun sudah dikeluarkan tapi ramai yang tutup mata "menghalalkannya". Paling menyedihkan apabila Media, Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah sibuk membuat persiapan meraikan hari bersejarah "kononnya" ini.
Klik pautan ini http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3796

Ringkasnya dari artikel ini ialah Tindakan kita iaitu :
HARAM jika kita lakukan seperti ini :-
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
Semoga beroleh manfaat dan menghindarkan diri kita dari pengaruh ini. Amin
Terakhir dikemaskini (Isnin, 08 Februari 2010 12:23)
















Comments
Hariri : Terima kasih Sharena.Informasi yang baik. Guru-guru juga harus berperanan. Quote
Hariri : Thanks for your support Quote
RSS feed for comments to this post.